Thursday, April 30, 2009

Refleksi Kendiri Selepas Program BIG II (Aktiviti 1)

Selepas menghadiri program BIG II di Pulau Pangkor saya dapat mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam diri saya..Disebabkan itu refleksi kendiri telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut..

Masalah diri:

Tahap kecergasan yang sangat rendah (Low Fitness) semasa melakukan setiap aktiviti lasak...

Pelan tindakan:

a) Matlamat utama
Untuk menjadi seorang yang cergas dan dapat mengekalkan kesihatan sepanjang masa

b) Objektif
i-Mampu konsisten dalam mengadakan latihan sukan dan senaman
ii- Dapat mengekalkan kesihatan badan dan bentuk badan yang ideal :)

Penambahbaikkan:

i. Sentiasa bersenam/bersukan pada setiap petang untuk lebih 'fit'
ii. Makan makanan yang berkhasiat dan tepati waktu makan
iii. Mengambil makanan tambahan seperti vitamin untuk lebih sihat

Pengumpulan Data:
i. Berjalan kaki ke kuliah (masa perjalanan direkod), tahap kepenatan/ semput dipantau oleh diri sendiri
ii. Mengadakan larian setiap 2 minggu sekali dgn masa untuk menamatkan larian dicatat dan dibezakan dengan minggu sebelumnya

Pemantauan keatas perancangan:

Meminta bantuan rakan-rakan untuk memantau diri saya dalam melakaukan perancangan


Penilaian Terhadap perancangan:

Memastikan bahawa saya melakukan yang lebih baik daripada minggu-minggu sebelumnya dan cuba untuk menyesuaikan stratergi baru untuk mencapai objektif perancangan..




Saturday, April 25, 2009

Konsep Kajian Tindakan....

Apa itu kajian tindakan...?

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan..(Hanipah Hussin : 2001)

Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek..

Lain-lain definisi bagi kajian tindakan...

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif
(McNiff :1988)

Latar belakang kajian tindakan..

Konsep kajian tindakan ini sebenarnya berasal daripada seorang ahli psikologi sosial iatu Kurt Lewin bermula pada tahun 1946. Pendekatan kajian tindakan ini telah digunakan oleh beliau selepas Perang Dunia Kedua dala usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah Bulleted Listyang wujud dalam komuniti pada masa itu dan beliau telah mengutamakan dua idea utama berkenaan Kajian Tindakan iaitu:-

  • Keputusan kumpulan
  • Komitmen kepada peningkatan kerja
Dimana kedua-dua idea ini adalah merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolobortif atau usahasama dalam kumpulan bagi menigkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart, 1998)

Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian yang berbentuk formal


Jenis-jenis Kajian Tindakan..
  • Kolaboratif
  • Individu
  • Sekolah
  • Masyarakat
Model-model kajian

Elliot action research model


Kemmis's action research spiral



McKernan's action research model