Tuesday, June 30, 2009

Tugasan: Projek Mini Kajian Tindakan

Tarikh pembentangan : 29 Jun 2009 (Minggu ke 11) & 6 Julai 2009 (Minggu 12)
(Tarikh akhir)

Projek Mini Kajian Tindakan A (Berpasukan), 15%

- Lakukan 1 kajian tindakan kolaboratif dalam kelas pengajaran mikro dan makro
- Laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan bentangkan pada
minggu ke 11 dan 12

Pelaksanaan

1. Projek perlu dilaksanakan secara berkumpulan 3-5 orang berdasarkan major; Biologi/ Pendidikan Islam (mengikut kumpulan kecil dalam kelas pengajaran mikro dan makro, sekiranya ada.

2. Pilih satu sesi pengajaran yang telah dilakukan dalam kelas pengajaran mikro dan makro mengikut subjek: Biologi/ Pendidikan Islam

3. Buat laporan dalam bentuk artikel/ artikel journal kertas seminar, yang mengandungi:
  • Abstrak
  • Pengenalan & kajian kepustakaan
  • Metodologi
  • Pengumpulan data, analisis data & dapatan kajian
  • Perbincangan
  • Rumusan (Kesimpulan & penambahbaikan)
  • Rujukan
4. Pembentangan perlu dibuat dalam bentuk Power point ( 8 Slaid):
  1. Tajuk
  2. Tujuan Kajian
  3. Objektif/soalan kajian
  4. Prosedur kajian tindakan
  5. Dapatan kajian
  6. Dapatan kajian
  7. Dapatan kajian
  8. Cadangan penambahbaikan kajian & penutup

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment