Tuesday, May 12, 2009

AKTIVITI III ( Kerja Kumpulan, Dr.Mohd Izham)

Ahli kumpulan:
  1. Ummi Salmah bt Adnan
  2. Najwa Hayatee bt Abdullah
  3. Nurul Huda bt Mahmud Taridi

Persoalan : Nyatakan 3 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Perubahan terhadap sesuatu perkara biasanya akan mengalami satu situasi dimana akan wujud satu penentangan atau penolakan daripada sesetengah individu atau masyarakat. Antara sebab mengapa wujudnya penentangan terhadap perubahan ialah:
  • Tidak bersedia untuk menerima sebarang perubahan
  • Selesa dengan cara lama yang diamalkan
  • Masih menunggu hasil dari cara yang lama
  • Tidak mahu kelihatan bodoh apabila tidak dapat beradaptasi dengan perubahan tersebut
  • Sangat kuat berpegang kepada adat dan budaya yang menyekat mentaliti mereka daripada melakukan sebarang perubahan
  • Tidak berkeyakinan dengan hasil yang diperolehi daripada perubahan yang dihasilkan
  • Menganggap perubahan sebagai satu proses yang memerlukan masa yang sangat lama dan membuang masa
  • Kurangnya pendedahan dan pengetahuan terhadap apa yang bakal dilakukan(perubahan), menyebabkan mereka lebih cenderung untuk berfikiran negatif terhadap perubahan yang dilakukan.
Cara penyelesaian terhadap permasalahan diatas
  • Pendedahan secara menyeluruh dan terperinci tentang sebarang perubahan yang ingin dilakukan
  • Memperbanyakkan program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pendorong kepada pemikiran positif.
  • Meyakinkan bahawa perubahan yang dilakukan tidak akan menghapuskan adat yang dipegang dan diamalkan
  • Pemantauan dan penilaian yang berterusan untuk memastikan perubahan tersebut dilaksanakan dengan konsisten dan berterusan

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment