Sunday, May 31, 2009

Nota Kuliah: Pn.Sakinah..PENGUMPULAN DATA


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk pengumpulan data..Namun kepelbagaian teknik tidak mampu menjanjikan kualiti dapatan kajian yang dibuat..


KENAPA KITA PERLU CAPAI KUALITI????
  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  • keperluan untuk melakukan tindakan yakni perubahan kepada perkara yang bermanfaat
KRITERIA UNTUK MENDAPATKAN KUALITI
  • Sama dengan keperluan kriteria yang terdapat dalam penyelidikan lain
  • Dua rukun sains dalam senarai penyelidik terhadap kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • kedua-dua konsep diatas adalah kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan (Action Research)
KESAHAN?? APA YANG DIMAKSUDKAN??

Kesahan merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui samaada data sebenarnya mengukur/ mencerminkan fenomena khusus

KEBOLEHPERCAYAAN??
  • Kebolehpercayaan adalah berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data yang diambil dari sampel yg terlalu kecil
  • Sehubungan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu sentiasa bertanya
  1. adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat kepada realiti?
  2. bolehkah sy fikir sebarang sebab untuk syak/meragui ketepatan data?
LIMA TAHAP PENYELIDIKAN TINDAKAN/ KAJIAN TINDAKAN
  1. TAHAP 1: Mengenalpasti masalah
  2. TAHAP 2: Perancangan tindakan
  3. TAHAP 3:Mengumpul data
  4. TAHAP 4:Menganalisis data
  5. TAHAP 5:Perancangan untuk tindakan seterusnya
MENGUMPUL DATA...
  • Apakah jenis data yang perlu dikumpul untuk menjawab persolan kajian????
  • Bagaimanakah untuk memastikan terdapat pelbagai perspektif terhadap kajian
ALAT PENGUMPULAN DATA..
  1. Pemerhatian (Video tape)
  2. Nota guru dan komen
  3. Kerja pelajar
  4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  5. Jurnal pelajar
  6. Ujian
  7. Tinjauan soal selidik
  8. Temuduga (Audio tape)

1 comments:

Don Daughter's said...

salAm

sayA amIK NoTA Ni ye

tQ ckGu!

:D

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment