Sunday, May 10, 2009

Nota Kuliah Dr.Mohd Izham (4/5/09)

Tajuk : Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan:

Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik , maka dengan itu dalam bidang pendidikan perubahan sentiasa berlaku selaras dengan perubahan ekonomi dan modenisasi yang berlaku terhadap negara. Perubahan yang berlaku kadang-kala mewujudkan ketidakpastian.Dalam pendidikan ketidakpastian ini mestilah dielakkan kerana akan menyebabkan keruntuhan masa depan generasi muda yang ada.

Jenis-jenis Perubahan


Menurut Desseler (1994), terdapat empat jenis perubahan iaitu:
  • Perubahan ke arah peningkatan
  • Perubahan strategik organisasi
  • Perubahan reaktif
  • Perubahan akibat daripada jangkaan
Huraian terhadap setiap jenis perubahan:
  • Perubahan ke arah peningkatan
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
  1. Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  2. Memperkenalkan teknologi baru
  3. Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan kemahiran staf
  • Perubahan strategik organisasi
Perubahan ini melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  1. Mendefinasi semula peranan organisasi
  2. Perubahan nilai teras organisasi
  3. Pembentukan semula misi
  4. Perubahan struktur dan strategi organisasi
  • Perubahan reaktif
Perubahan ini berlaku akibat adanya tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak yang berkepentingan,ia melibatkan:
  1. Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan
  2. Kepekaan pelanggan dan stakeholder terhadap isu-isu persekitaran dan yang berkaitan yang memerlukan perubahan pada organisasi
  • Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan ini dilakukan akibat wujudnya kesedaran di kalangan pengurusan begitu pentingnya perubahan dilakukan dalam organisasinya untuk mencapai kemajuan selaras dengan peredaran masa terkini.Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah untuk:
  1. Mengadakan persiapan untuk menghadapi pesaing
  2. Persiapan terhadap kemungkinan yang bakal berlaku
  3. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan perubahan dalam organisasi
  4. Perubahan dalam trend tenaga kerja
Perubahan adalah multidimensi

Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan seperti:

  • Tujuan perubahan dilakukan
  • Unit-unit perubahan (merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang)
  • Sifat perubahan
  • Magnitud perubahan (Merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancangakan diimplimentasikan)
  • Teori Kiosk ( Teori ketidaktentuan/ huru-hara)
  • Skop perubahan (Skop terhadap sejauh mana penambahbaikan/inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian)
  • Jangkamasa perubahan



0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment