Wednesday, May 13, 2009

Kajian kepustakaan (Literature review)

Kajian kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh pemerhati/peneliti untuk menghimpun segala informasi ataupun maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan masalah atau topik yang akan atau sedang diteliti.Informasi yang dimaksudkan ini dapat diperolehi daripada buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan orang lain, laporan penelitian, ensiklopedia, fakta-fakta, buku tahunan dan sumber-sumber bertulis ataupun sumber elektronik (Roth,1986). Teori-teori yang mendasari masalah dalam bidang yang akan atau ingin diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan.

Tujuan kajian kepustakaan

Kajian kepustakaan memuatkan huraian yang sistematik tentang kajian literatur dan hasil penelitian sebelumya yang ada hubungan dengan penelitian yang akan dilakukan. Tujuan kajian kepustakaan dilakukan adalah:
  1. Mencari informasi atau maklumat yang relevan dan bersesuaian dengan permasalahan yang diteliti
  2. Mendapatkan maklumat tentang mana-mana aspek dari suatu masalah yang pernah diteliti untuk menghindari peneliti agar tidak melakukan kesilapan sama berulang kali yang mungkin telah dilakukan oleh peneliti lepas (Kasihani Kasbalah dan Bintarto, 1992)
  3. Menemukan suatu masalah untuk diteliti. Dimana kemungkinan terdapat sebarang permasalahan yang masih belum terjawab atau masih belum ada penelitian yang mendalam oleh peneliti sebelumnya.
  4. Membuat huraian empirik dan teoritik yang berkaitan dengan faktor, parameter, indikator atau variable tentang pemerhatian yang mungkin timbul daripada masalah-masalah yang ingin diteliti.
  5. Mengkaji beberapa teori dasar yang relevan dan berkaitan dengan masalah yang akan diteliti.
Contoh-contoh sumber kepustakaan
  1. Laporan hasil daripada penelitian-penelitian yang pernah dibuat dimana ia merupakan hasil penelitian baru atau merupakan lanjutan penelitian sebelumnya.
  2. Buku-buku teks dan buku rujukan yang berisikan pengetahuan ataupun maklumat tentang pelbagai bidang kajian
  3. Thesis, artikel, catatan yang merupakan karya penulisan yang berkaitan dengan suatu penelitian atau penemuan baru.
  4. Majalah, jurnal, suratkhabar yang memuatkan maklumat yang berkaitan dan relevan dengan penelitian.
  5. Abstrak, yang memuatkan ringkasan penulisan (rumusan) yang berkaitan pemerhatian.
Membanding dan membezakan

Ialah suatu proses yang melibatkan peneliti mencari persamaan dan perbezaan terhadap maklumat ataupun informasi berdasarkan kriteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu peristiwa. Kemahiran ini akan digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan terlibat semasa proses membuat pilihan atau keputusan.

Langkah kepenggunaan

Langkah kepenggunaan adalah dimana peneliti:
  1. Memerhati dan memberi tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan
  2. Kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut
  3. Menentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri-ciri yang sama
  4. Membanding dan membezakan ciri serta menyatakannya
Menganalisis, menilai, membuat keputusan, membuat kesimpulan dan mensintesis
  • Menganalisis
Ialah mengolah maklumat dan menghuraikannya kepada beberapa bahagian yang lebih kecil bagi memahami satu konsep atu peristiwa dan mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat.
  • Menilai
Ialah membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti-bukti yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea.
  • Membuat kesimpulan
Ialah membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis,mengukuhkan sesutu perkara brdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.
  • Mensintesis
Ialah menggabungkan idea, unsur/item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

4 comments:

srsfeqah said...

SELAMAT HARI GURU
Selamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar

Unknown said...

It's refreshing to know that this teacher is active in research!

Unknown said...

terima kasihhhh

megane said...
This comment has been removed by the author.
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment