Wednesday, May 13, 2009

Tugasan : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Elizabeth C.S., & Bonnie S.S. 2006. Whats works? A practical guide for teacher research.Portsmouth: Heinemann.

Buku yang dipilih untuk ulasan

Konsep Kajian Tindakan

Buku ini menerangkan kepada kita tentang kosep kajian tindakan dimana, kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang individu (dalam konteks perbincangan individu yang dimaksudkan ialah guru) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Ini bermakna individu tersebut menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri dan kelompok masyarakat di sekeliling mereka.

Dalam proses ini, mereka meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri dengan bersandarkan kepada prosedur kajian. Sebagai contoh, guru boleh mengkaji diri mereka sendiri untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang amalan mereka, perubahan dan penambahbaikkan yang patut dilakukan serta bagaimana pengetahuan ini boleh memberi kesan yang terbaik untuk para pelajarnya.


Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?

Dalam bab pengenalan ( Taking the time to ask what works), penulis membincangkan tentang mengapa pentingnya kajian tindakan dilaksanakan oleh seorang guru dan apakah yang sebenarnya yang patut dilakukan mereka untuk melaksanakan penelitian bagi menjalankan penambahbaikan . Bagaimana seorang guru dapat mengesahkan bahawa apa yang dilaksanakannya didalam kelas selama ini berfungsi dan berkesan kepada para pelajarnya?

Bagaimana seseorang guru itu dapat menerangkan kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan adalah bersesuian dengan pelajar dan apakah bukti keberkesanannya, kepada pihak-pihak yang sangat mengambil berat atau ambil kisah tentang proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti ibu-bapa pelajar, para pelajar sendiri, rakan sekerja, pihak pentadbiran,serta masyarakat?Dan apakah guru tersebut mendapat kepuasan pada cara pengajaran atau penyampaiannya? Untuk memberi respon kepada setiap persoalan tersebut sudah tentulah dengan melakukan kajian tindakan.

Selain daripada itu, sebab yang paling utama kenapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah kerana guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Dimana guru bertindak sebagai ''pemudah cara pengetahuan'' kepada para pelajar.

Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan pelbagai pendekatan barubagi menyesuikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.Di bahagian pengenalan ini juga banyak diberikan contoh-contoh situasi yang berkaitan.

Reka bentuk kajian tindakan

(Meliputi model kajian tindakan, sampel [participant] dan
seting kajian)

Model

Buku ini banyak menggunakan contoh berkenaan situasi yang dihadapi oleh guru-guru yang membuat kajian tindakan di sekolah dan di dalam kelas. Memandangkan terdapat banyak contoh situasi dan banyak model yang digunakan dalam buku ini seperti Model Lewin (1944), Model Halsey (1972), Model Chamberlain (1988), Model Holter and Schwartz-Barcott (1993) dan Model Hart and Bond (1995). Maka saya dapat membuat rumusan bahawa terdapat empat perkara penting yang di tekankan dalam setiap model ialah refleksi (reflect), merancang (plan), tindakan (act), dan memerhati (observe), walaupun dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang berbeza dengan penerangan yang berbeza.Namun intipatinya adalah sama dengan matlamat untuk mendapatkan sesuatu yang menjurus ke arah penambah baikan. Antara contoh model-model yang digunakan adalah seperti dibawah:


Model Ebutt, 1985



Model McKernan, 1996


Model Elliot


Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart, 1988


Sampel (Participant) dan Seting Kajian

Sampel kajian yang digunakan dalam buku ini secara keseluruhannya ialah pelajar di sekolah atau di dalam kelas (seting kajian). Dimana pelajar adalah terlibat secara menyeluruh semasa kajian dilakukan terutama sekali semasa pengambilan dan pengumpulan data dibuat.

Prosedur kajian tindakan

Mengenalpasti Permasalahan ( Salah satu masalah yang diberikan dalam buku yang dibaca)

Deanna Stoube merupakan seorang guru di sekolah menegah di kawasan tempat tiggalnya. Deanna adalah seorang guru yang mengajar subjek sains dan beliau menghadapi masalah apabila para pelajarnya sangat tidak kreatif dan kreatis dalam pembelajaran sains dan hanya menunggu bantuan sepenuhya daripada guru untuk memahami setiap konsep yang diajarkan tanpa berusaha untuk memikirkannya.Ini menyebabkan para pelajarnya tidak mampu beradaptasi dengan permasalahan baru berkaitan konsep yang diajarkan menyebabkan keputusan mereka tidak memberangsangkan.

-Deanna cuba mengenal pasti apakah punca utama permasalahnya. Deanna memulakan kajiannya dengan memerhatikan pengajarannya sendiri. Setelah dibuat refleksi keatas pengajarannya yang lepas, Deanna telah mengenalpasti masalah tersebut wujud akibat dirinya yang mengamalkan konsep inkuiri terbimbing (teacher centered learning) terhadap pengajarannya menyebabkan para pelajarnya sangat bergantung kepadanya secara seratus peratus. Akibatnya pelajarnya tidak mampu untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran sains.

Percubaan / pendekatan untuk menyelesaikan masalah

Bagi meningkatkan kecerdasan para pelajar untuk lebih berfikiran kreatif dan kritif, Deanna mencari solusinya dengan menerapkan pendekatan pembelajaran inkuiri tidak terbimbing (free incuiry) yang lebih memusatkan kegiatan kepada para pelajar (student centered learning). Sesungguhnya pendekatan inkuiri tidak terbimbing ini, adalah suatu pendekatan pembelajaran yang membimbing para pelajar belajar secara bebas dalam mencari pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap konsepdengan melakukan kegiatan pencarian konsepdan pemahaman melalui usaha sendiri dengan dipantau oleh guru.

Metodologi

-Kajian yang dilakukan oleh Deanne ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu:

• Tahap persediaan / perancangan kajian
• Tahap perlaksanaan kajian tinjauan (Kajian tindakan)

Tahap persediaan/ perancangan adalah melibatkan:

Deanne melakukan kajian kepustakaan dengan mengumpulkan informasi daripada buku-buku, journal, ulasan dan pelbagai sumber untuk mengenalpasti kaedeah pendekatan yang sesuai untuk diuji. Deanne membahagikan para pelajarnya kepada beberapa buah kumpulan

-Beliau seterusnya memberi permasalahan berkaitan topik untuk diselesaikan oleh pelajarnya secara berkumpulan mengikut kreativiti sendiri berdasarkan keperluan yang digariskan oleh guru.

Deanne kemudiannya menyiapkan format penilaian (observation) guru untuk mengukur pelaksanaan tindakan kajian dan peningkatan kreativiti dan hasil belajar para pelajarnya.

Tahap perlaksanaan tindakan / kajian tinjauan.

Penelitian atau tinjauan ini dilakukan oleh Deanne dengan dua kitaran (2 cycle).
Kitaran pertama dilaksanakan sebanyak 4 kali perjumpaan kelas pada bulan pertama ( Marc) dan diikuti dengan kitaran kedua sebanyak 4 kali pada bulan kedua(April).
Pelaksanaan tindakan ang dilakukan oleh Deanne melibatkan langkah-langkah seperti:

 Memberi penerangan tentang tugasan dalam kumpulan
 Dengan bimbingan guru pelajar bekerja secara individu dalam kumpulannya untuk membuat rangkaian pembelajaran terhadap permasalahan yang diberikan dengan mencari maklumat, data dan fakta yang diperlukan dengan membaca buku-buku atau sumber maklumat lain.
 Setelah selesai, setiap ahli kumpulan hendaklah berkongsi maklumat dan idea dalamkumpulan dan mempersembahkannya dalambentuk kertas kerja (folio book).
 Kemudian setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka dari awal hingga akhir untuk dibahaskan bersama rakan-rakan kumpulan lain di dalam kelas.


Pengumpulan dan penganalisisan data.


Pemerhatian terhadap kajian tindakan

Deanne melakukan pemerhatian semasa proses pembelajaran (aktiviti) dengan menggunakan kertas tinjaun (survey/ questionare). Beliau juga melakukan pemerhatiannya sepanjang masa pembelajaran berlangsung.

Instrumen Kajian

Tidak seperti kajian yang menggunakan alat pengukuran (“tools” or “instrument” as we often hear in education) dalam kajian kualitatif yang melibatkan kelasnya (Deanne as an observer), pemerhati merupakan instrumen yang paling penting dalam kajian tersebut.

“ You are taking your readers (or observer) by the hand and honestly telling them who you are, to see what you see, think what you think and do what you do”

Teknik Pengumpulan Data

Data dikumpul dengan cara membuat soal selidik terhadap para pelajar, catatan dan rakaman video dan rakaman pita audio oleh pemerhati, ujian terhadap pencapaian pelajar di akhir pembelajaran (test)

Teknik Penganalisisan Data

Dalam buku ini, teknik-teknik penganalisisan data yang digunakan ialah

a) Potongan data (Data reduction) – meliputi proses memilih, memfokuskan, meringkaskan dan menukarkan data mentah kepada data bermakna

b) Mempamerkan data (Data display)- Mempamerkan data dalam bentuk yang bermakna seperti jadual, carta,graf dan carta pai, dan lain-lain.

c) Pengesahan / kesimpulan ( Verification / conclusion)- Bermula daripada awal kajian lagi, pemerhati perlu membuat keputusan apakah yang diperhatikan, penerangan, dan pernyataan terhadap data yang ingin dikumpulkan sepanjang pemerhatian

Etika Kajian Tindakan

Menjalankan sesutu projek penyelidikan dalam persekitaran yang kita ajar melibatkan satu etika yang serius. Sebelum membuat proses pengumpulan data, kita hendaklah meminta izin daripada responded kita untuk menulis dan menterjemahkan maklumat yang diperolehi daripadanya kedalam bentuk penulisan ataupun disiarkan (published). Setiap pemerhati perlulah sensitif terhadap hak responded yang diuji.

Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan




Penilaian Keseluruhan Terhadap Buku

3 comments:

alchemy said...

akak ni nak kena buat esei ptk tentang Kajian tindakan. Soalannya: analisiskan perkaitan kajian tindakan yang anda usahakan dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Akak kena huraikan 5 fakta tentang tajuk ini. boleh tak tolong bg idea. drp artikel yang akak baca dalam dlm blog awak,akak dah dapat jugak 2 points,iaitu menambahbaik proses P & P dan membantu perkembangan kemahiran tahap profesion perguruan. kalau dpt tlg bagi idea, maklumlah kita ni umur dah lanjut macam ni, memang berkarat otak.

cikgu ummi said...

salam kak naimah..firstly sy nk ucapkan terima kasih sebab sudi menjenguk blog saya ini..:)
Alhamdulillah boleh kita share sedikit sebanyak maklumat..hmmm sy rasa dlm topik yg diberi tu mugkin boleh ditambah dengan:

1.Pendedahan secara tidak langsung kepada para pelajar tentang sesuatu kajian. (Dengan melakukan kajian tindakan didalam kelas, guru sudah tentu secara langsung melibatkan para pelajarnya dalam kajian tersebut. Dengan itu para pelajar sebenarnya sudah terdedah dengan istilah "kajian", dan apa yang dibuat semasa kajian dan sebagainya. Ini seterusnya akan mendorong dan memotivasikan para pelajar untuk menjadi seorang penyelidik,mungkin pada masa hadapan)-konsep yg kita boleh katakan disini ialah mewujudkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dikalangan pelajar untuk melakukan penelitian(penyelidikan) terhadap proses pembelajarannya sendri untuk mencapai kecemerlangan.

2.Kajian tindakan mampu membawa kepada perubahan terancang.Guru2x tidak akan berani dan masih teragak-agak untuk membuat perubahan walaupun tahu bahawa pentingnya perubahn tersebut dilakukan kerana tidak ada perancangan yang teliti dan tersusun. Dalam pendidikan terutama proses p&p, ketidakpastian perlu dielakkan kerana jika berlaku ketidakpastian ia akan meruntuhkan masa depan para pelajar.

Wallahualam...saya harap sy dapt membantu sedikit-sebanyak..KIta sama-sama belajar ya kak..if saya ada silap, akak betulkan ya..terima kasih sekali lagi...:)

Anonymous said...

salam..saya nak tanya..ada contoh format kajian tindakan penyertaan. saya perlu buat kajian tindakan penyertaan untuk murid saya

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment